Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 22 October 2013

Krisis Dan Dilema Komuniti Cina Barisan Nasional Hidup Segan Mati Tak Mahu

Dilema yang di alami oleh komuniti cina dalam Barsian Nasional bukanlah sesuatu yang baru, malah merujuk sejarah pada 1982, Dr Ismail Abdul Rahman pernah memberi amaran kepada MCA dengan selaran Hidup Segan Mati Tak Mahu.

Pembabitan komuniti cina dalam politik bermula sejak awal 1950an. Kecenderungan mereka menyertai politik tercetus dari dua peristiwa penting iaitu
1. Persekutuan Tanah Melayu 1948
2. Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur 1952
Kedua-dua ini membayangkan British bakal memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu.

Komuniti cina pada masa itu mula memikirkan hak mereka dan menceburi politik dengan hasrat ingin memperjuangkan hak sama rata.

Orang cina mula mendapat kerakyatan apabila berlakunya permuafakatan UMNO MCA hingga termaktub perjanjian Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Disinilah bermulanya keinginan komuniti cina untuk bersungguh-sungguh mempertahankan hak mereka. 

Demi survival orang cina mereka bersetuju untuk menerima pakai Hak Istimewa Orang Melayu dalam "Racial Bargain".

Tetapi dalam diam persepsi dikalangan komuniti cina beranggapan melalui permuafakatan ini mereka dapat memperbetulkan dari Hak Istimewa Orang Melayu dapat diubah dengan memberi lebih banyak hak kepada orang-orang cina kemudian hari. Meteka cukup kuat dalam ekonomi dan kuasa politik adalah perlengkap segala-galanya.

Namun itu tidaklah berlaku apabila istilah dan konsep perjuangan Hak Istimewa Orang Melayu menjadi satu perjuangan yang berterusan dikalangan orang-orang UMNO khususnya dan menjadi tuntutan rakyat berbangsa melayu yang hakikatnya cukup jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi negara berbanding bangsa cina.

MCA dilihat kehilangan taring pada pandangan komuniti cina menyebabkan MCA tertekan perjuangan UMNO, hingga menyebabkan berlakunya krisis Perikatan pada 1959. 

Kesempatan ini dipergunakan oleh Lim Kuan Yew untuk menggerakan Malaysian Malaysia (1960) bagi meraih sokongan komuniti cina denhan pelbagai gerak kerja menjayakannya.

Pada 1969 Lim Kuan Yew menggerakan kempen besar-besaran memerangi Hak Istimewa Orang Melayu dan MCA ketika itu terduduk tanpa mampu berbuat apa-apa.

Akibatnya orang cina terikut-ikut agenda Malaysian Malaysia yang hanya berdasarkan persepsi kepentingan mereka amat terhakis, telah mencetuskan peristiwa 13 mei 1969. Tetapi peristiwa ini mwmbuktikan komuniti cina gagal merampas kekuasaan politik melayu.

Rentetan peristiwa ini lebih membangkitkan semangat Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir untuk lebih komited memperjuangkan Hak Istimewa Orang Melayu. Terlahirlah dasar DEB (1971) demi survival bangsa melayu bumiputera yang masih terlampau jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding bangsa cina.

Apa jua terma yang termaktub dalam DEB, dilihat tidak memberi keistimewaan kepada MCA, jika dilihat melalui mata komuniti Cina. Tetapi MCA dan bangsa cina terpaksa akur dengan peristiwa 13 Mei yang membuktikan orang cina tidak mampu melenyapkan kekuasaan politik melayu di tanah melayu. Akhirnya DEB berjaya melenyapkan semangat Malaysian Malaysia buat seketika.

Kekuatan UMNO seterusnya telah berjaya mengembelingkan kuasa politik MCA Gerakan dan parti-parti lain termasuk Sabah Sarawak, membentuk Barisan Nasional (BN) menjadikan sebagai parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan.

Pembabitan MCA dan Gerakan dalam BN masih dilihatkan lemah. Pada 1980 suara Malaysian Malaysia berbangkit semula oleh pembangkang yang mengambil kesempatan kelemahan tersebut.

Hakikatnya MCA lemah bukannya kerana agenda Hak Istimewan Orang Melayu tetapi sejarah telah menceritakan MCA sebenarnya lebih kepada  sebuah parti "Tokey" yang dianggotai oleh kalangan saudagar-saudagar cina.

Mereka pada mulanya bergitu bersungguh-sungguh untuk membela bangsa cina dengan pelbagai idea seperti membentuk Koperatif Serbaguna Malaysia (KBM) 1968, MPBH 1975 dan Gerakan Pengkopratan 1980. Bertujuan untuk menyatukan semua peniaga-peniaga kecil dan menubuhkan syarikat pelaburan bagi mengumpul dana kepada ahli. Cara ini boleh meraihkan sokongan berterusan dari masyarakat cina.

Masalahnya dikalangan MCA ada yang lebih mengutamakan perniagaan dikalangan ahli sendiri dan sering mengabaikan kepentingan  komuniti cina. Ini terbukti dengan penyelewengan Dana MPBH demi menyelamat perniagaan individu, pecah amanah Koperasi Penerima Diposit. 

Akhirnya ini menjadi senjata buat pembangkang seperti DAP untuk menghasut dan menghakiskan kepercayaan masyarakat cina terhadap MCA dan Gerakan. Akibatnya masyarakat Cina beranggapan MCA dan Gerakan lebih sebagai parti untuk mendapatkan kekayaan individu dari menjadi sebuah parti membela komuniti cina di Malaysia.

Walaupun bergitu BN tidak pernah berputus asa dan sentiasa membeti tempat untuk MCA dan Gerakan tetus berdiri dalam BN. Ada masanya BN memberi kekuatan kepada MCA melalui bertanding  dikawasan orang melayu kerana kesukaran mereka mendapat undi dikawasan orang cina.

Ini membuktikan kewujudan MCA dan Gerakan sekarang lebih kepada berdiri atas pengaruh UMNO semata-mata. Buktinya pada 1995 MCA dan Gerakan hanya mampu meraih undi sekitar 20% dan 30% dan menjadi kian teruk pada 2013 mereka hanya raih sekita 5%.

PRU13 2013 tidak ubah seperti cubaan kedua komuniti cina selepas 13 Mei, menumbangkan kekuasaan politik melayu melalui gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS PKR dan DAP. 

Pakatan Rakyat secara dasarnya dikuasi DAP yang menjadi daya tarikan kuat buat komuniti  Cina tetapi walaupun hampir 100% cina bersatu tetapi masih juga gagal menumbangkan kuasa politik UMMO.

Persoalannya sampai bilakah MCA dan Gerakan harus berdiri dengan pengaruh UMNO tetapi tidak di atas kemampuannya sendiri. Kerana MCA dan Gerakan tidak ubah kepada Hidup Segan Mati Tidak Mahu. 

Acap kali MCA seperti terikut-ikut gaya rentak permainan DAP, sehingga kadangkala MCA sanggup menyerang apa yang sedang diperjuangkan UMNO. Hanya semata-mata untuk meraihkan semula sokongan Masyarakat Cina.

Tetapi MCA lupa atas siapa yang membantu mereka. Berbanding DAP mampu membantu PKR dan PAS untuk berdiri tetapi MCA dan Gerakan  masih perlukan pengaruh UMNO untuk berdiri. Sampai bila?

Sekarang MCA terjebak dalam krisis Autority melalui perebutan kuasa berulang-ulang kali sehingga sekarang. Dan bagaimanakah dua parti ini untuk terus relevan jika tiada tranformasi perubahan untuk menjadi lebih berdikari berbanding DAP. 

Sepatutnya dengan usia MCA dan Gerakan sudah cukup dewasa dan matang untuk mencetuskan satu strategi dan prinsip perjuangan yang relevan tanpa memerangi sahabat sendiri dalam BN. Tetapi dilema mereka masih teraba-raba dalam kelam mencari indentiti sendiri. Sampai bila?


2 comments:

Anonymous said...

Dalam MCA ada 97% orang China yang menyokong DAP dan konsep Malaysia Malaysia.

Keinginan mustahil orang China untuk memerintah Malaysia semakin menjadi jadi ibarat impian si pemabuk atau penagih dadah.

25% orang China nak memerintah 75% Melayu dan bangsa lain. Gila ke?

Abis Melayu nak diam?

Unknown said...

Kalu betui kata Sdra di atas, takkan MCA masih mampu memenangi 7-11 (tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung); MIC & Gerakan pun menang beberapa kerusi???

Isu Terkini

get this widget here