Semakin hampir tempoh 7 Tahun Tranformasi Sarawak, benar-benar mencemaskan dan Menghantui Sarawak Report Dan Pakatan Rakyat. Dalam tempoh ini mereka tidak berputus asa untuk menggagalkan perjalanan perangkaan kemajuan Sarawak. Samada bermain-main propaganda menyerang setiap individu bernama menteri di Sarawak hinggalah menjalankan pelbagaikan gerakan mensabotaj usaha kerajaan.
Wawasan 2020 akan menjelma dalam masa 7 tahun dan banyak pembaharuan dan pembangunan yang berjalan seiring menuju wawasan tersebut. Ini menjadi subjek yang dikhuatiri Pakatan apabila perancangan utama menjadikan Sarawak sebgaia Koridor Tenaga (SCORE) bakal mencapai matlamatnya dan mampu menyediakan 300'000 peluang pekerjaan hanya dibidang teknikal sahaja.
Selama ini dalam proses menuju pencapaian sepenuhnya pembangunan Koridor Tenaga, Sarawak telahpun berjaya menyediakan peluang pertambahan peluang pekerjaan dibidang tersebut bersamaan 15'000 hingga 20'000 setahun. Ini bermakna hasil sampingan ini cukup menambah baik kehidupan rakyat di Sarawak.
Ini hasil dari usaha kerajaan negeri untuk tranformasi bekalan elektrik Sarawak daripada 100 megawat kepada 20'000 megawat dalam tempoh 20 tahun akan datang. Dalam 20 tahun lagi sudah tentu impaknya lebih ketara dan cukup menjadikan Sarawak sebagai negeri yang maju.
Tetapi isu ini sering menjadi bahan mainan politik Pakatan Rakyat termasuk penulis upahan luar seperti Sarawak Report. Malah bantahan ini melarat dengan pelbagai aktiviti mensabotaj termasuk aktiviti "Blockade" adalah bertujuan untuk mempengaruhi rakyat dengan persepsi negatif.
Yang peliknya Sarawak Report juga mengatakan dalam artikel
Gangguan Bekalan Elektrik Torstein Telah Mendatangkan Kerugian Ratusan Juta Pada SCORE!
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di seluruh Sarawak telah merosakkan kebolehpercayaan banyak pihak terhadap Pengerusi SEB, Torstein Dale Sjotveit.
Jelaslah bahawa bekalan tenaga dari empangan mega Bakun yang baru telah terpelantik dan mengakibat gangguan di sepanjang kabel berkuasa tinggi yang tidak mencukupi.
Kadang-kadang, apabila penjana kuasa elektrik Sarawak Blackout kerana menjana kuasa melebihi kemampuan akibat dari pemintaan yang semakin meningkat melampaui kemampuan, telah menjadi bahan tomahan pembangkang. Tetapi bila perancangan dibuat untuk jangka panjang dan jangka pendek juga sering dijadikan bahan mainan politik untuk menggagalkannya.
Dalam erti kata lain Buat tak kena tak buat lagi-lagilah tidak kena. Tetapi apa yang sebenarnya mereka mahukan? Mereka hanya tahu merungut dan sabotaj tetapi tiada satupun cadangan yang membantu?
Sebagai sebuah kerajaan yang berwawasan, sebarang pelaksanaan bukanlah hanya memandang kepada satu sudut sahaja. Sudah pasti sebarang pelaksanaan kerajaan juga memastikan ianya memberi mamfaat kepada rakyat menikmati dari hasil pembangunan terutama bidang pekerjaan teknikal yang dijangka meningkal sehingga 300'000 orang.
Malah ini bidang ini bakal memberi pendapatan lumayan hingga mencecah puluhan ribu mengikut kategori kemahiran pekerja. Sekarang adalah masa untuk Sarawak maju dengan kehadapan, malah komitmen kerajaan untuk membuktikan iltizam ini adalah bersungguh-sungguh. Buktinya 2 menteri penuh dari Sarawak dipertanggungjawapkan untuk merialisasikan usaha ini.
Melihat kepada perancangan kerajaan Sarawak semakin berjalan mengikut jadual menyebabkan Pakatan Rakyat berasa gusar dan terancam hilang kepercayaan dari rakyat Sarawak. Sebab itulah usaha usaha sabotaj tidak terhenti-henti digerakan.
1 comment:
Bagi kami golongan marhaen serpihan dari projek mega spt Bakun sudah dikira sbg keuntungan kpd kami.Tak payah bermimpi terlalu tinggi.Tangan tak sampai.
Jika ada yg bersimpati lihat2 jugalah masalah pengangguran di kalangan remaja termasuk graduate yg terkapai2 mencari pekerjaan sesuap nasi.Beruntunglah mereka yg ada kelulusan/kemahiran teknikal dan vokasyenal.Bagi mereka (majoriti) yg tidak memiliki kelayakan teknikal/vokasyenal adakah terdpt pekerjaan setimpal??Lihat saja berapa ramai anak muda lepasan diploma sanggup bekerja di gerai2 makanan sbg pelayan,membasuh pinggan,etc.Mujurlah ada juga majikan yg memberi pekerjaan.
Maka diminta mana2 pihak yg berkuasa buatlah sesuatu utk membantu golongan yg tidak berkelayakan teknikal/vok.Ramai anak muda yg bekerja di bengkel perkhidmatan auto - semata2 atas minat dan kemahiran "hand on experience"- bertahun2 makan gaji saja.Tak ada sijil kemahiran.
sekadar pandangan 50sen.
Post a Comment