Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 2 October 2013

Tun Dr Mahathir Dedah Rahsia Besar Allahyarham Ustaz Azizan Mantan MB Kedah

Tun Dr Mahathir akhirnya mendedahkan siapa sebenarnya Allahyarham Ustaz Azizan iaitu Mantan Menteri Besar Kedah. Yang kini telah mengosongkan kerusi DUN Sungai Limau setelah permegiannya khamis lalu setelah 4 bulan mengalami masalah kesihatan. Sesungguhnya Dr Mahathir amat berkawan baik dan amat mengenali Allahyarham seperti yang diceritakan pada pautan ini

Tun Dr Mahathir menjelaskan kemampuan Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau kerana personaliti yang baik dan disukai kawasan tersebut. Biar PecahPalakMikir perjelaskan apa yang dimaksudkan Tun Dr Mahathir.

Bukan kerana PAS semata-mata sebab itulah, walaupun Allahyarham sering menjadi bahan serangan rakan-rakan sekutunya dengan pelbagai tuduhan mengkhianati parti, tidak juga mampu memusnahkan kepercayaan rakyat Sungai Limau untuk terus mengundinya pada PRU13.

Sifat peribadi Azizan lebih ikhlas dalam menjalankan tanggungjawap sebagai wakil rakyat yang dilantik tanpa pilih bulu dalam memenuhi tanggungjawapnya. Sudah tentu berbeza dengan rakan-rakan sekutunya yang lain yang lebih mementingkan parti dari kepentingan ummah.

Malah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang menerajui Kedah selama sepenggal lalu. Ini membuktikan Azizan berkelayakan walaupun menghadapi kesukaran mentabir negeri akibat campurtangan sekutu yang marah kerana personalitinya yang tidak pernah membeda-bedakan rakyat terutama melayu islam.

Pernah satu masa Allaharyam rela dipecat parti atau digugurkan dari menjadi MB Kedah, kerana pergolakan di dalam PAS akibat pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali.

Situasi ini berjangkit hingga ramai mencurigai pendirian Azizan yang agak rapat dengan Hassan Ali malah berkongsi perasaan yang sama terhadap golongan Anwaris atau parasit di dalam PAS. 

 Azizan, seperti juga Hassan Ali 'pantang' duduk dalam satu program dengan Anwar Ibrahim kecuali jika benar-benar terpaksa. Dan seperti juga Hassan Ali, Azizan cukup 'berbulu' dengan Mahfuz dan juga Mat Sabu yang mereka anggap tidak layak dan tidak 'segak' untuk berada di dalam kepimpinan tertinggi parti.

Dari itu adalah tidak keterlaluan dikatakan bahawa Azizan adalah seorang Menteri Besar yang mempunyai paling ramai musuh. Musuhnya berada di mana-mana iaitu di seberang jalan, di depan mata, di dalam lipatan, di dalam selimut malah di dalam keretanya juga. Mereka ini datang dalam berbagai bentuk iaitu yang gila kuasa, gila wang atau rasis Cina dan extremis Islam. Mereka ini pula menghantar 'perisik' dalam berbagai-bagai bentuk juga seperti ahli politik, ahli perniagaan, pemandu dan juga hantu..! untuk memantau Azizan.

Bergitulah hebatnya Allayarham hingga banyak tanggunjawapnya terbengkalai akibat digangu dan disabotaj oleh rakan-rakan sekutunya sendiri. Ini sebahagian kecil cerita yang serba ringkas untuk memperjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir dan amat jelas sekali sesungguhnya Sungai Limau harus berubah demi menyokong Barisan Nasional demi menyambung perjuangan Allahyarham yang terbengkalai akibat sabotaj parti sendiri.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here