Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 2 October 2013

Zahid Hamidi Bongkar Apa Dan Siapa Penyebab Aset PDRM Hilang

Bila Juru Audit Negara mendedahkan kehilangan aset RM1.33 juta maka ramailah yang berpaling ke arah Zahid Hamidi dan Hishammudin tampa meniliti apa yang sebenarnya berlaku. Itu lumrah dalam kerja-kerja Pakatan tetapi kali ini Zahid sendiri mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian sudah memaklumkan kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan 309 aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM1.33 juta bagi memastikan tiada sebarang unsur penyelewengan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 berhubung perkara itu.

“Ianya telah dijelaskan tetapi tidak sempat dimasukkan dalam laporan yang telah dicetak. Saya ingin memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan. Itu yang penting dalam perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Polis Umum ke-3 dan Pameran dan Persidangan Kelengkapan Khas Asia di Pusat Konvonsyen Antarabangsa Putrajaya di sini Rabu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang di Dewan Rakyat semalam menjelaskan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 termasuk 44 unit senjata api.

Laporan itu menyatakan aset tertinggi yang hilang ialah gari iaitu sebanyak 156 unit selain 29 unit kenderaan PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan jumlah sebenar aset yang hilang adalah 37 senjata api, 166 gari serta 32 kenderaan melibatkan tiga kereta dan 29 motosikal.

Menurutnya kehilangan itu telah disiasat secara terperinci oleh 212 anggota jawatankuasa inkuiri PDRM yang akan melihat sama ada prosedur Prosedur Operasi Standard dipatuhi atau terdapat sebarang kecuaian dalam hal itu.

“Sebanyak 94 kes telah diperakukan tindakan surcaj bernilai RM167,984 dan 118 kes lagi sedang menunggu keputusan. PDRM memandang serius perkara ini dan kita telah pun mengambil tindakan, sedang ambil tindakan dan akan ambil tindakan yang patut untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi,” katanya.

Khalid berkata setakat ini tiada sebarang laporan mengenai kehilangan senjata-senjata api itu yang digunakan untuk tujuan jenayah.

“Senjata-senjata itu mempunyai individual ID. Jadi kena bayar baliklah siapa (anggota) yang hilangkan aset itu. Kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah. Mungkin atas pelbagai keadaan termasuk jatuh dalam bot semasa di laut dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata jabatan integriti yang akan ditubuhkan dalam kementerian juga akan melihat segala aspek kelemahan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam memperbaiki sistem pengurusan aset PDRM.

##Jika sesuatu yang membabitkan dan berpunca dari kakitangan PDRM hingga 212 anggota diinkuiri jadi tidaklah bermakna salah menteri. Sebab itulah kerajaan menlantik juru audit bebas dalam memastikan kes penyelewengan negara dapat diturunkan. Salahkah kerajaan bersungguh-sungguh mencari punca dan mengapa harus dipolitikan?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here