Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 8 November 2013

Bukti Jelas Mengatakan Pemimpin UMNO Terlampau Ego & Terlebih Yakin

PPM telah lama mendengar cerita-cerita bergini, tapi hari ini satu bukti yang jelas yang selama ini pemimpin UMNO terlampau mengharapkan kerja fisabilillah jenteranya tetapi dikalangan pemimpin UMNO sendiri kadangkala berehat mengalahkan sultan. Kalau ini tidak diperdedahkan PPM tidak pasti adakah bertahankah lagi Barisan Nasional di PRU14?

Sebagai memperkemaskan kekuatan jentera BN, PPM harap dua isu yang dibangkitkan oleh rakan blogger PPM dikaji semula.

Yang pertama:

satu Malaya dah tahu. Pas masih mengekalkan kerusi DUN yang ditinggalkan oleh penyandang lama arwah Ustaz Azizan. Umum sudah tahu analisis kenapa Pas menang dan kenapa BN kalah.

Cuma kali ini bukan itu yang mahu gua kongsikan. Yang gua mahu kongsikan adalah beberapa kelemahan jentera BN yang gua lihat sendiri depan mata terutama jentera Pemuda Bahagian dan jentera Pemuda Pusat. Dari maklumat yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat, jentera Pemuda Pusat kali ini tidak diketuai oleh Ketua Pemuda, Khairy tetapi oleh Naib Ketua Pemuda (NKPUM) baru iaitu Khairul Azwan a.k.a wanbro bersama Exco Pemuda yang baru memenangi dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. sambung baca sini


Yang keduanya:

Bagaimana DAP Mempunyai Ramai Pengundi Baru? Ini Cara Mereka Yang Sangat Effisyen!

Ini adalah YB Wong Shui Qi. Beliau merupakan ADUN Senai. Beliau merupakan seorang daripada berpuluh lagi ADUN dan MP DAP yang bergiat aktif membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan mereka. 

Adakah YB ini duduk di dalam pejabat berhawa dingin, menunggu orang untuk mendaftar sebagai pengundi dan sekaligus tertarik untuk mendaftar sebagai ahli parti? Tidak! 

Dengan hanya dua meja makan yang murah serta beberapa kerusi plastik, mereka membuka kaunter pendaftaran pengundi di tepi-tepi jalan laluan orang ramai. Bolehkah YB-YB UMNO dan Barisan Nasional melakukan sedemikian? Jangan kaya hendak menarik pengundi luar, ahli-ahli UMNO sekalipun masih ramai yang tidak menjadi pengundi. Jangan salahkan orang lain kalau UMNO dan Barisan Nasional gagal untuk mendaftarkan pengundi. 

Apa guna ada jutaan ahli UMNO kalau Sambung baca sini

Persoalan yang patut dibedah siasat dengan teliti demi keutuhan parti. Jangan sampai setahun menghampiri PRU14 baru kalut hendak susun, hendak cari dan hendak atur jentera sedangkan Pakatan Rakyat telah bermula sejak selepas mengetahui keputusan pasca PRU13.

Seperti biasa ini hanyalah lontaran komentar yang bakal dicampak kedalam tong sampah parti sendiri... PecahPalakMikir

No comments:

Isu Terkini

get this widget here