Ada orang tanya kenapa aku suka menghentam Pas, sedangkan Pas adalah sebuah parti "Islam". Depa tanya kenapa aku menentang Islam...Bukankah aku seorang Islam?
Ini sebab-sebabnya.
Pertama, Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Pas hanya sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam sebagai modal politik. Islam telah diturunkan Allah lama dulu sebelum kewujudan Pas.
Keduanya, Pas yang menjaja label Islam sedikit pun tidak menunjukkan keIslamannya dengan fatwa-fawta dan dolak-dalik yang hanya menjadikan Islam sebagai jenaka.
Terlalu banyak contoh boleh dilihat, bermula dari Amanat Hadi Awang yang menyatakan bahawa adalah haram berkongsi kuasa dengan kafir. Tetapi kini, mereka sendiri berpakat dengan kafir dan memanggilnya tahaluf siyasi.
Hadi Awang mungkin lupa bahawa dia pernah berkata bahawa tidak perlu masuk Yahudi untuk menjadi Yahudi, tidak perlu masuk Kristian untuk menjadi Kristian, cukup hanya dengan bersekongkol dengan mereka. Kini Pas melakukan apa yang dituduh kepada Umno, malah lebih teruk lagi.
Keceluparan mulut Nik Aziz sudah ditahap kritikal. Katanya, dia sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun, asalkan bukan Umno. Umno dituduh mendirikan masjid hanya untuk menjadi kontraktor, bukan untuk bersolat. "Orang Umno tidak solat", kata Nik Aziz.
Nik Aziz juga berkata dia akan meludah sesiapa sahaja yang mengajaknya untuk bersatu dengan Umno selagi dia masih hidup. Nik Aziz pernah mendoakan DS Najib pecah perut. Nik Aziz juga mengajak orang bersolat hajat mendoakan Umno KO. Dia juga berkata bahawa Islam membolehkan manusia memaki dan mencarut kerana Allah juga memaki.
Perjanjian sulit tanpa perlu dihitam putihkan. Asalkan cukup menurut kehendak sepakat dengan terma ketuanan DAP dan celarukan dengan slogan tahaluf siyasi. |
Dalam masa yang sama, bila Dap tidak setuju dengan penubuhan Negara Islam, tiba-tiba sahaja Hadi Awang dapati bahawa Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran; yang ada hanya Negara Berkebajikan. Ini berlawanan dengan laungan mahu mendirikan Negara Islam sebelum itu.
Bila Karpal dan Dap menentang hudud, Hadi Awang berkata bahawa "keperluan melaksanakan hudud hanya 0.0001% dalam Islam". Dia juga mengesahkan bahawa hudud tidak ada dalam agenda Pakatan. Beberapa orang pemimpin Pas juga membuat kenyataan bahawa hudud belum boleh dilaksanakan kerana faktor ekonomi dan ditakuti mendatangkan mudarat dan darurat.
Tapi sebelum itu mereka begitu menghentam Umno kerana tidak melaksanakan hudud. Bila mereka sendiri tidak boleh melakukannnya, berbagai alasan diberi untuk mengambil hati dan terus menipu penyokong-penyokong mereka.
Di samping itu, Pas tak henti-henti memfitnah Umno. Sudah berpuluh tahun mereka mencanang isu pengundi hantu, tapi tak ada seorang pun ditangkap dan tak ada secebis bukti pun dikemukakan.
Mereka tak henti-henti menuduh Umno terlibat dengan rasuah tanpa bukti jelas, tetapi menutup perbuatan mereka yang serupa. Tak henti-henti juga mereka menuduh Umno menguasai polis, mahkamah dan sebagainya bila sesuatu tidak menyebelahi mereka, tetapi diam bila ianya memberi kelebihan kepada mereka. Berbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan kepada Umno, tetapi bila mereka sendiri melakukannya, mereka mendakwa itu semua hanya permainan media Umno.
Bila diberi kuasa mentadbir negeri seperti Kelantan dan Kedah, kebajikan rakyat terabai. Sumbangan untuk Islam hanya dengan meletakkan iklan-iklan dengan wanita bertudung; selain itu langsung tidak ada apa-apa pun dilakukan untuk Islam.
Segala projek seperti Ladang Rakyat, Pusat Pengumpulan Agro dan berbagai pelaburan hancur dengan kerugiaan berpuluh juta, manakala balak-balak habis diberikan kepada orang-orang tertentu untuk ditebang.
Dalam pada itu, ramai pemimpin Pas dan Pakatan terlibat dalam isu moral dengan bukti yang jelas. Namun demi menjaga imej "bersih" dan "Islam", Pas sanggup mencari alasan untuk menidakkan kesalahan mereka dan terus menyimpan dan menyokong pemimpin-pemimpin yang terlibat. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan.
Sikap hipokrit Pas makin ketara dalam isu kalimah Allah. Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya orang pertama yang mempertahankan kalimah Allah.
Tetapi malang, yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka sanggup membuang perjuangan negara Islam dan hudud, malah sanggup menggadai kalimah Allah demi untuk menjaga hati rakan sekutu yang bukan Islam. Begitu juga dengan isu kebebasan seks dan kebebasan untuk murtad.
Pas hanya menjadi pak turut dan tidak berani menegakkan apa yang dilaungkan selama ini, sebaliknya memilih untuk terus menyokong penentang Islam.
Kesimpulannya, Pas hanya terdiri dari para hipokrit yang berserban yang hanya membahayakan Islam dan melemahkan Melayu. Aku akan terus menghentam Pas dan jangan tanya lagi kenapa.
4 comments:
ni melayu bodoh mana yg tulis blog x pakai otak.Kalau rasa diri tu x Islam jangan nak tarik org lain pulak
Anon 22:56... Cuba awak buktikan yang coretan penulis blog ni adalah salah, tidak relevan atau bohong .... Dengan hujah yang sahih dan kalau boleh bawa nas bersama dgn hujah awak tu. kalau sekadar nak kata orang lain bodoh, siapa pun boleh. Kenapalah awak tak boleh berfikir untuk menilai bukti yang dibawa oleh penulis? Adakah awak nak jadi mcm kaum jahiliyah yang menolak kebenaran demi keangkuhan mereka?
Hebat ulasan penulis... Kita perlukan naskah sebegini sebagai hujah untuk membongkar kejahatan pas dan pr dari para blogger.
Aku setuju 1000% dengan komen penulis. Aku dah perhatikan lama dah tentang parti PAS & pengikut2nya...cakap tentang Islam memang boleh runtuh langit tapi hakikatnya...??? Lihatlah sendiri akhlak pemimpin2 & pengikut2 PAS...Islam hanya di mulut sahaja. Nak menegakkan Islam konon tapi memaki hamun, memfitnah, mendoakan kemusnahan sesama Islam, mengeluarkan fatwa sendiri (contohnya tak sah nikah berwalikan orang UMNO) berzina & banyak lagi...adalah mainan mereka. Dimanakah contoh Islam yang baik yang boleh diikuti & dibuat rujukan...??? Mana?? Manan?? Kalau aku cakap camni memang melenting sakanlah orang2 PAS tapi pernah tak orang2 PAS bermuhassabah diri??? Jangan taksub membabi buta sahaja...aku tak kata orang2 UMNO tu baik sangat pun tapi sekurang2nya mereka berusaha juga untuk menegakkan Islam & bangsa Melayu walaupun nama parti tak ada bunyi macam Islam pun...pemimpin2 parti UMNO tak suka2 hati memaki hamun orang2 PAS, tak doakan kemusnahan PAS & tak buat perkara2 karut yang PAS buat...cuma aku harap UMNO lebih Islamic lagi contohnya penekanan dari segi pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, pergaulan bebas antara lelaki/perempuan yang bukan muhrim, aktiviti2 yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti konsert2 hiburan kosong, rasuah & banyak lagi...wallahu a'lam...
Post a Comment