Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 6 November 2013

Kaitan Karpal Singh Dengan Gerakan Menghapuskan Status Islam Agama Resmi Malaysia

Tindakan Karpal Singh sebenarnya lebih mendedahkan pekung yang sering dinafikan oleh DAP selama ini. 

Helah dan permainan mereka adalah jelas dan mirip sekali iaitu ingin mengubah undang-undang yang mengjaga kepentingan Islam berstatus agama resmi.

Sekarang tindakan Karpal seakan mendedahkan hubungkait antara NGO COMANGO yang sedang berusaha keras untuk menjayakan agenda:


SIAPA NGO COMANGO?

Coalition of Malaysian NGOs atau singkatannya COMANGO adalah pakatan pertubuhan-pertubuhan pro-kebebasan mutlak dan hak asasi tanpa batas di Malaysia didalam persidangan semakan Universal Periodic Review oleh United Nations Human Rights Council di Geneva, Switzerland. Mereka adalah NGO dari Malaysia yang menuntut perkara-perkara di poster atas.

Tuntutan NGO COMANGO yang menyuarakan tuntutan di Switzerland pada 24 October 2013, telah mendapat tentangan dengan rombongan dari Malaysia iaitu MuslimUPRo yang dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama 

APA KAITAN DENGAN KARPAL SINGH?

Karpal Singh secara tiba-tiba menyuarakan tindakan untuk:
Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama. 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini. 
“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu. 
“Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,” katanya dalam sidang media di sini Selasa. 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald. 
Secara khususnya Karpal ingin mengurangkan kemampuan PPMM bertindak menghalang keinginan DAP menghalalkan Khalimah Allah digunakan oleh The Horald. Iaitu dengan sesebuah parti atau persatuan diwajipkan diserta bukan islam akan membatas keputusan dan pergerakan mana-mana Parti atau persatuan yang berasaskan islam dan punyai agenda ABATA.

Dalam masa yang sama, bukankah ini juga merupakan serampang dua mata selain mengjaga dan mengawal pergerakan PPMM, PAS dan lain-lain, DAP juga boleh mengawal MuslimUPRo yang terdiri daripada




  1. Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), 
  2. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), 
  3. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 
  4. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), 
  5. JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, 
  6. IKATAN, 
  7. PERKIM, 
  8. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), 
  9. PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 
  10. PERMIM, 
  11. JATI, 
  12. PERKID, 
  13. PERKASA, 
  14. PROMUSLIM, 
  15. JAM”IYYAH, 
  16. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), 
  17. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), 
  18. ISSI Malaysia, 
  19. GABUNGAN Pulau Pinang, 
  20. PINTA, 
  21. Majlis Ittihad Ummah, 
  22. Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, 
  23. Khalifah Institute, 
  24. Persatuan Nur Alamiyyah, 
  25. Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).
Bukankah semua ini adalah Pertubuhan-pertubuhan Islam yang termasuk dalam gabaran Karpal Singh iaitu mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Jangan lupa MuslimUPRo sedang aktif menentang NGO COMANGO. Manakala NGO COMANGO adalah mempunyai agenda yang sama dengan DAP. Malah sebelum ini pekung-pekung DAP sebelum ini, terang-terang mempunyai agenda yang sama.

Jadi betulkah Karpal ada hubungkait dengan COMANGO dengan tuntutan-tuntutannya?



6 comments:

Marsan Marsolo said...

Hapuskan sekolah Vernakular dulu ... baru boleh bercakap pasal NGO melayu/Islam dan parti politik Melayu/Islam

Anonymous said...

Setuju....vernakular pencetus jurang selama ini....dan tukar nama kpd a melayu..mcm di Indonesia...

Anonymous said...

Zaman karpal dan kit sial dah expired and running on borrowed time. Just ignore them.......

Anonymous said...

Sekolah vernakular tiada semangat kebangsaan dan tidak sayangkan Malaysia kerana tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan. Hapuskan sekolah Cina sekolah tamil.

Anonymous said...

jawapan-jawapan di atas adalah jawapan yang paling tepat sekali

Anonymous said...

Bila la PAS n Melayu2 dalam pembangkang nak sedar.Ni la rupa rakan sekutu mereka. Pocah palo den pikir. X ada hidayah lagi kot

Isu Terkini

get this widget here