Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 3 December 2014

Kenapa Pendatang Zuraida @ybz99 Tidak Layak Memasuki Sarawak

Kalau jenis akal sejengkal macam Zuraida memang sengaja mempamirkan buta-tuli menyaman Kerajaan Sarawak kerana menghalangnya masuk ke Sarawak.

Hakikatnya memang patut sangat orang macam Zuraida dihalang masuk Sarawak. Kerana kelahiran Singapura ini tidak pernah mahu menghormati tatasusila sebagai YB semasa di semenanjung. Tidak ubah macam manusia lupa diri yang langsung tidak menghormati kelebihan diberi.

Malah Zuraida adalah antara yang paling banyak menimbulkan huru-hara di semenanjung termasuk himpunan Bersih dan pelbagai himpunan haram. Aktiviti menghasut secara melampau termasuk memfitnah kerajaan memang tidak dapat dinafikan lagi.

Jadi patut sangat dihalang masuk ke Sarawak. Lagipun orang macam Zuraida mana pernah hendak ambil faham maksud Kuasa Autonomi Sarawak. Sebab itu cara dia mempertikaikan hak Sarawak adalah amat dangkal. 

Sepatutnya Zuraida mengkaji dahalu kenapa Rakyat China yang mahu ke Hongkong perlu mendapat permit masuk, walhal mereka adalah satu negara? Itulah dinamakan "Kuasa Autonomi" Dan bergitu jugalah dengan Sarawak yang tidak berminat membenarkan pengacau seperti Zuraida datang buat onar di negeri orang, jadi hak Sarawak lah mempertahakan hak mereka.

Sepatutnya DAP, PKR dan PAS adalah lebel parti yang patut diharamkan penubuhan dan pergerakan di Sarawak kerana itu parti pendatang tetapi mujurlah kerajaan Sarawak tidak sezalim itu untuk mengharamkannya.

Sebaik-baiknya Zuraida belajar dulu prihal kuasa Autonomi Sarawak sebelum hendak membebel tidak ketahuan hala.




No comments:

Isu Terkini

get this widget here