Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 7 April 2015

Ada Pengganas! DAP Ketakutan Akta Pengganas #POTA

Pengganas boleh berada dimana-mana sahaja malah boleh bersembunyi dalam mana-mana parti politik tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Malah aktiviti pengganas tidaklah boleh dipandang sambil lewa kerana ini boleh memudaratkan ketenteraman dan sosial ekonomi negara.

Yang mengjadi persoalan kenapa DAP PKR PAS bergitu ketakutan dengan akta yang memerangi pengganas sedangkan tidak satupun tertera klausa dalam rang undang-undang berkenaan mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.

POTA akan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati dan mengikut lunas undang-undang bagi mengelakkan sebarang penganiayaan. POTA bertujuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sambil melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

Dalam situasi semasa pengganas Malaysia, penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini. Kenapa kita tidak boleh ada akta yang boleh membenteras kegiatan keganasan yang menjadi ancaman di dunia ini.
Adakah DAP ada menyembunyi pengganas sampai ketakutan sedemikian. Jika tidak ada mengapa harus dipolitikan sesuatu yang berujuan melindungi perpaduan, keselamatan, kenteraman dan sosial ekonomi negara. Adakah kerana pembangkang kerja bangkang sahajalah apapun. Itulah menunjukan PR sekarang berpolitik mengikut agenda peribadi bukan agenda kepada rakyat.


2 comments:

Anonymous said...

Mereka menulis menghasut kalau doa pun tak jalan maka seru turun ramai-ramai lawan dijalanraya.
Politik dan keganasan adalah perlu pemisahan. Cetusan keganasan politik jika tiada pencegahan kerajaan mana pun yang dilantik tiada keupayaan mentadbir.
Kita disekolah diwar-warkan kestabilan politik dan sumbangannya terhadap kesejahteraan ekonomi negara.
Memanggil'Arab spring'menjadi plano wadah politik dan perjuangan. Mujur hari ini pendedahan keganasan Arab spring dapat ditonton dan kita dapat menilai kesan akibat.
Paling populor gerakan demonstrasi politik yang dianggap demokrasi dan mencarakannya sebagai pentas untuk kaki-kaki populist berdemo termasuk dikalangan aktivis yang pelbagai.
Ini semua duit!!!!

Anonymous said...

Patutla ko pecah kepala pikir.. Sbb ko tak pandang benda lain yg berhubung kait.. Malaysia belum bersedia untuk perlaksanaan akta sebegini. Dengan gejala rasuah yg makin menjadi di negara malaysia ni, penyalahgunaan akta ni sudah pasti akan berlaku. Golongan berkuasa yg korupt akan menggunakn akta ni sbgai 1 senjata utk melumpuhkn mana2 pihak yg berani menegakkan keadilan tanpa sebarang bukti, tanpa sebarang bicara.

Isu Terkini

get this widget here