Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 18 July 2016

#scs14 Sanggup @HajiHadi lihat PAS diperlakuan Howard Lee seperti bacul

Setiausaha Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY) Howard Lee Chuan How memang betul-betul kerjakan PAS dengan lantang. Memang cukup makan dalam kalau Haji Hadi hendak jawab.

Isunya bukan setakat dengan apa yang diperkatan Howard Lee tetapi realiti dilema PAS ketika ini.

Apa yang disentuh Howard membidas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang berkata system dwi-parti amat mengelirukan.

Ini merujuk kepada kenyataan Khairuddin "sistem dwi-parti DAP ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata di atas kesilapan parti masing-masing serta akan mempertahankan kebatilan.


Beliau malah turut menuduh ‘banyak onar dalam DAP’ yang membahayakan kepada negara."

Horward sudah tentu akan mempertahankan DAP dengan mengatakan PAS adalah lalang dan mempertikai kenapa PAS masih menjadi menjawat Jawatan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya DAP membuat onar yang merosakan negara.

Ini satu persoalan yang baik dibangkitkan Horward yang sukar dinafikan PAS. PAS sememangnya sedar kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat yang sudah lama terkubur tanpa DAP. Dan Pakatan Harapan, PAS tersingkir dengan sebahagian ahli PAS menyertai parti baru yang ditubuhkan DAP mengantikan PAS iaitu PAN.

Isu ini sahaja menunjukan bagaimana PAS ditinjak-tinjak ditendang dihempuk dengan teruk oleh DAP. Ini bukan kali pertama PAS dihendik dn dihina DAP. Jika dihintung berdozen-dozen ahli DAP mencaci-cercakan PAS.

Malah lebih perit PKR yang PAS anggap masih sahabat baiknya, sering menghulur tangan bersalam dengan PAS tetapi tangan kirinya menikam tepat di dada PAS secara depan-depan bukan dari belakang lagi.

Apa yang PAS buat dengan permaianan jahat di depan matanya sendiri?

Tidak cukup dengan itu, dari satu sudut PAS pernah menyuarakan, PAS sanggup tinggalkan DAP demi menyempurnakan tugasan mereka melaksanakan Hukum Hudud tetapi itu tidak berlaku, tetapi sebagai langkah pertama PAS membentangkan usul pembaikan undang-undang syariah di Parlimen.

Dari dua topik ini sahaja, cukup jelas menunjukan PAS ada hati ingin berubah dari menjadi parti pak turut kepada yang lebih tegas. Tetapi hakikatnya PAS masih takut dengan jalan yang mereka gelarkan menuju kepada seruan fisabillillah.

Pas masih keliru antara perjuangan ke jalan Allah dengan kehendak atau impian dunia. PAS masih was-was dengan apa yang mereka rangkakan.

Buktinya PAS masih ditakuk lama buat kerja sekerat-sekerat atau berjalan separuh jalan dan patah balik. 

Kalau PAS berani mereka akan buat lebih dahsyat berbanding DAP. DAP marahkan sanggup tubuh parti PAN. PAS marahkan DAP juga berbuat sedemikian, buang DAP keluar dari Pakatan tetapi mengharap ehsan PKR. 

Walhal PAS tahu PKR berbaik sambil menikam, serentak diperlakukan kepada PAS. Bukankah ini betul yang PAS ini penakut, bacul dan pengecut. Ibarat PAS beriterikan PKR tetapi bukan dalam diam-diam sebaliknya berdepan PKR bersama DAP dan tikam PAS balik. Kalau kisah suami isteri orang PAS tahu gelarkan bacul tetapi sekarang ini?

Persoalannya bagaimana PAS mampu tarik ahlinya yang lari masuk PAN jika PAS masih penakut dan bacul dengan perjuangan mereka sendiri.

Tanyalah siapa sahaja dalam PAS baik Haji Hadi, Nik Abduh atau sesiapa sahaja, bab melontar kata-kata adalah tajam tetapi tindakan mereka tumpul atau langsung tidak bertindak. Kalau tak dah lama mereka menyeluk perkasam dengan memberi kata dua kepada PKR samada bersama PAS atau DAP dan sekiranya PKR masih bertuankan DAP, PAS bertindak tinggalkan jawatan dunia DUN Selangor demi agenda islam mereka.

PAS!! orang menanti dan melihat apa yang PAS buat... Orang PAS mungkin merasa ini bahasa kasar tapi fikirkan balik apa yang PAS sedang buat.

1 comment:

Anonymous said...

Berapa peratus jawatan2 kepimpinan dapigs terdiri dari kristian evangelist seperti howard lee? 70%? 80%? 90%?

Isu Terkini

get this widget here