Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 4 May 2012

Khalib Ibrahim Kencing Rakyat Selangor Dengan Janji Gaji Minimum RM1500

Khalib Ibrahim PKR telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri.  Berita Kencing telah diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011.

Kononnya Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad. 

Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” Kencingnya

Tetapi semua itu hanyalah mainan maha auta Khalib Ibrahim. Sehingga sekarang tahun 2012 telah masuk bulan 5, masih juga belum terlaksana malah sempat juga Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan tetapan gaji minimum oleh Datuk Sri Najib RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah Serawak. Yang mereka kencing harap bunyi sahaja RM10 juta, sedap bukan main! tapi pelaksanaan hanya kroni yang untung!

Layak ke Khalib Ibrahim mempersoalkan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan sedangkan janji-janji mereka hanya retorik Menteri Besar kaki kencing. Orang macam Khalib Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Seringgit, sepatutnya jangan diberi ruang dan perluang lagi mentabir Selangor. Alasannya mudah! apa sahaja yang dijanji mereka semua tidak terlaksana. 

Kerja-kerja Khalib Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak ada lain kecuali menimbulkan huru-hara dalam negara dan bahagi-bahagikan harta Selangor kepada kroni. Patutlah rakyat Selangor perit hidupnya dengan azab dalam tong sampah Selangor. Semuanya kroni PKR yang untung, itu ke cara SelangorKu milik siapa Khalib Ibrahim kata Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat tapi hakikat yang sedang berlaku Selangorku Hasil Negeri PKR Yang Punya

1 comment:

eXception said...

Keh keh keh keh... rakyat Selangor kena kencing lagi...

Panas!! Fax Najib Minta 1 Billion Didedahkan!!?

Isu Terkini

get this widget here