Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 26 September 2012

Punca Guan Eng Mengidap Sindrom Gelabah Biawak

Ini kisah nasib orang-orang Melayu Pinang Pinang, yang memang dah lama naik angin dengan Lim Guan Eng. Apa taknya dari hari ke hari tak abis-abis dok cari pasal dengan orang melayu. Almaklum Ultra Kiasu adalah kasta paling tinggi dekat Pulau Pinang.

Ceritanya pada jumaat 21/9/2012 Lim Guan Eng terkena sindrom gelabah biawak! Apa taknya! yang digelabahnya ketika orang-orang PAS dan UMNO bersatu di  Masjid Jamek Sheikh Eusoff. Inlah Punca Guan Eng Mengidap Sindrom Gelabah Biawak

Malah semangat bersatu berterusan hingga 23/9/2012 di Padang Kota. Tempat yang paling panas dihati Lim Guan Eng. Apa taknya pantang Lim Guan Eng melihat melayu berniaga di kawasan Padang Kota tu!!

Berbalik kepada cerita!! Semangat bersatunya PAS dan UMNO kerana mereka adalah percinta Rasulullah SAW, mereka berhimpun demi membersih maruah Rasulullah SAW dari filem Innocence Of Muslims (rujuk sini)

Kena pulak perangai irihati Ngeh Khoo Ham yang memperlecehkan semangat orang islam mempertahankan maruah Rasulullah SAW. Bertambah kuat dan eratlah semangat rasa bersatu anatara PAS dan UMNO. Ini yang buat Lim Guan Eng naik angin gelabah biawak!!

Cerita bersatunya melayu bukan setakat itu! Tiba-tiba semalam meletup pulak bukti rakaman   Mansor tikam Lim Guan Eng dlm meeting tertutup PKR bila Mansor sebut perkataan SUPER ANGKUH, COCKY, ARROGANT.

Hahh!! Dulunya bukan punya baik mereka spin!! Tetapi kali ini tergamam bila rakaman tersiar setiap corong tv di Malaysia. Hah apa lagi! Lagi-lagilah meletup tahap berapi gelabah biawak Guan Eng. Patutlah puak-puak Pakatan Haram takut sangat dengan TV kerana berita keburukan mereka cepat tersebar! Inlah satu lagi Punca Guan Eng Mengidap Sindrom Gelabah Biawak

Inilah yang membuatkan LIm Guan Eng tidak cukup tanah untuk cuba elak dari di temuramah wartawan. 

Kalau bab wartawan mungkin hal remeh sangat buat Lim Guan Eng, tetapi ada soal lain lagi yang lebih menyakitkan ulu hati Guan Eng! Situasi sekarang Pakatan Rakyat bakal menentukan pembahagian 40 kerusi yg di pertanding dalam PRU13. Yang menjadi pertelingkahan DAP ingin bertanding 19 kerusi di kawasan majoriti cina.

Pembahagian kerusi ini sebenarnya tidaklah memuaskan hati PAS dan PKR sebab itu timbul cerita SUPER ANGKUH, COCKY, ARROGANT. apatah sekarang situasi semakin diburukkan dengan akar umbi pun dah naik meluat dengan Lim Guan Eng. Bab in Guan Eng cukup takut!

Kalau 19 kerusi kawasan cina dimiliki DAP manakala bakinya diserah kepada PAS dan PKR. Cuba anda fikirkan semuala bagaimana bezanya Guan Eng melayan melayu, india dan cina. 

Bangsa cinalah yang paling dimanjakan Guan Eng. Manakala bangsa lain Guan Eng selalu buat taik. Jadi bayangkan situasi ramai orang melayu dan india sedang marah dengan Guan Eng. 

Adakah menguntungkan PAS dan PKR yang bertanding dikawasan tengah panas berapi menahan marah kepada Lim Guan Eng. Sambil itu bayangkan bagaimana BN sedang bekerja keras mengambil hati rakyat melayu. 

Ok!! Jika inggin membentuk kerajaan Pulau Pinang, parti mestilah mempunyai 21 untuk mejoriti mudah. Dan bayangkanlah kalau DAP menang mudah 19 kerusi manakala 3 lagi datang dari PAS dan PKR. Alamat seumur hiduplah PAS dan PKR menjadi kaldai tua. 

Sementara itu DAP mempunyai satu perancangan lain menyerapkan calon melayu  Rachmad Ishack sebagai calon DAP sekarang ini DAP simpan baik punya kat dalam Kongres Melayu Pulau Pinang. Dan agaknya dimanakah Guan Eng hendak letak calon ini. Tak akanlah Guan Eng nak pilih kawasan china kot, bagus pilih salah satu kawasan melayu. Kalau kawasan melayu Teluk Bahang yang menjadi tradisi kawasan PAS bertanding mungkin jadi rebutan kot. Agak-agaknya siapa jadi mangsanya kalau kita fikirkan siapa The King!

Sekarang siapa menjadi mangsa atau sememangnya semua PAS dan PKR ini jenis penakut piang!! Harap dekat luar berkobar-kobar bunyinya tetapi depan Guan Eng terkencing terkincit. Bayangkan sedangkan Anwar pun penakut dengan Ketuanan DAP. Apatah setakat PAS dan PKR kat bawah, lagi-lagi terkencing! Sumber Persatuan Mukabuku Pulau Pinang


No comments:

Isu Terkini

get this widget here