Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 17 April 2013

Video Zuraida Sahkan Kewujudan Surat Sokongan Dr Yusof Al Qardawi


Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamarudin mengesahkan kewujudan surat sokongan daripada ulama tersohor Dr Yusuf Qardhawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal digunakan sebagai strategi untuk memancing sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

“Memang surat Qardhawi kita dapat awal, itu tidak menjadi masalah kita akan menggunakan surat itu untuk disebarkan agar memberikan keyakinan bahawa Keadilan (PKR) ini adalah parti yang…mendapat sokongan daripada seorang ulama tokoh dunia.

“Jadi itu saya rasa akan dapat melonjakkan lagi sokongan kita terutama dikalangan orang Melayu, orang Islam dalam negara kita,” katanya kepada Antarapos.

Menurut Zuraida surat itu adalah bukti Qardhawi “merestui” perjuangan Anwar untuk memenangi PRU.

“Memang kita sudah sebutkan bahawa Qardawi merestui perjuangan Anwar. Jadi kalau kita nak sebarkan sebagai bahan kempen tidak menjadi masalah,” tegasnya.

Dua minggu lalu, bekas Ahli Parlimen PKR dan Timbalan Presiden PERKASA Datuk Dr Zulkifli Nordin mendakwa PKR akan menyebarkan surat fitnah daripada Qardhawi menjelang PRU 13 untuk memancing undi Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.

“Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi,” kata Abdul Hadi.



Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menolak mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) diangkat menjadi ketua negara.

“Paling-paling rendah penentangan melalui hati yang dilakukan orang Islam adalah paling minima….Tidak dibenarkan kita duduk satu majlis dengan dia.. apatah lagi kalau nak angkat jadi ketua..tak boleh.

“Tidak boleh kita menyatakan sokongan kepada mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak boleh minum bersama mereka.

“Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qardhawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qardhawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk “Seks Songsang: Perspektif Syari’ah” pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April 2012. Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here