Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 8 April 2012

PE_RA_SIT Islam Semalaysia (PAS)

PAS sering memukau pemikiran pengikutnya dengan bayangan memperjuangkan Islam melalui pemurnian akidah dan tauhid dan panggilan untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah dengan kumpulan siasah. Itulah laungan seharian mereka siang malam dimerata ceruk Malaysia. 

PAS sering mengaitkan mereka dengan perjuangan Hamas tertapi harus difahami Hamas bukannya parti politik seperti Perasit Islam Semalaysia (PAS). PAS sebenarnya lebih cenderung kepada kegairahan Putrajaya dari menerapkan tarbiah kefahaman islam kepada pengikutnya. Memang ada cara-cara tarbiah mereka lakukan tertapi bercanggah dengan amalan mereka memuliakan Pakatan Haram di dalam apa keadaanpun tampa menilai status samada melangkau batas akidah, syariat dan rukun. 

Kononya mereka memberi alasan berdakwah kepada non-muslim, yang dilihat janggal kepada masyarakat islam di Malaysia. Kerana adakah dakwah kepada bukan islam mesti membenarkan bukan islam dengan sewenang-wenangnya memperalatkan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan Pakatan Haram dan membenarkan bukan islam menggunakan pentas surau dan masjid sebagai penyebaran dakyah politik demi kepentingan Pakatan Haram 

Semua tindakan Perasit Islam Semalaysia (PAS) ini lebih menimbulkan fitnah kepada islam di dalam kegairahan mereka mengejar Putrajaya. Sepatutnya Perasit Islam Semalaysia (PAS) kembali bersatu bersama semua ulama dan para bijak pandai agama di Malaysia bersatu memperlajari dan mengkaji aqidah sahih dan kefaham islam yang sahih. Bersatu bersama demi kebaikan dan bukan memerangi sesama mereka hingga menimbulkan perpecahan antara umat islam di Malaysia. Adakah tindakan ini bermakna mereka tidak perlu bertangungjawap?

Itulah yang diperjuangkan Hasan Ali hinggakan sanggup menentang arus dengan Perasit Penyakit Gejala Songsang PAS, demi matalamat ke jalan Allah. Tidak dinafikan Negara kita perlukan bijak pandai Agama, tertapi jika bijak pandai hilang kewarasan kerana terpukau dengan kekuasaan di Putrajaya sampai mengadaikan apa yang kita telah bina berpuluh tahun lamanya. Apa gunanya setelah tergadai dengan hasutan pihak-pihak yang sengaja berpura-pura sebelum mendapat apa yang mereka hajati. 

Kini yang dipanggil perasit dalam PAS akan sedaya upaya memesong perjalanan PAS berdasarkan kepentingan Pakatan Haram tapi adakah Perasit Islam Semalaysia (PAS) memikir semua itu? Dan benarlah kata Hassan Ali PAS semakin menyimpang dengan golongan perasit. Beranikah PAS Memerangi Golongan Perasit Diantara Mereka atau sampai bila mereka ambil sikap sambil lewa?

Perasit Penyakit Gejala Songsang PAS semakin merebak, hingga tiada satu pun kenyataan dari pemimpin PAS yang membantu usaha menghalang pemurtadan yang semakin di gembar-gemburkan. Tidak kiralah banyak manapun pembuktian dinyatakan atau dipertontonkan, semuanya dibidas PAS serta-merta demi kepentingan Pakatan Haram. Sekarang semakin jelas kita nampak Perasit Islam Semalaysia (PAS) akan sentiasa cenderung mengalih perhatian rakyat untuk menyalahkan UMNO. kadang-ladang pendapat antara mereka sering berbeza dan bercanggah tertapi tidak menjadi halangan kerana ramai yang tabsud.

Selepas itu siri penjelasan amar makruf nahi mungkar ke kawasan-kawasan kampung dijalankan oleh ustaz atau sesiapa sahaja asal berseban sampai tahap ada yang mengangkat Nik Aziz sebagai nabi. Sambil menyelang-nyelikan penghujahan melalui penggunaan ayat Al-Quran maka terhalallah segala gerak-geri dan salah laku DAP dan Pakatan Haram. Inilah akibat dari peranan Perasit Penyakit Gejala Songsang PAS sebagai jentera mengalih perhatian dari akar umbi hingga mengawal Majlis Ulama PAS agar lebih bertumpu kepada bayangan keindahan mentabir Putrajaya. Dan besiap-sedialah semua akar umbi Perasit Islam Semalaysia (PAS), menjadi kaldai demi ganjaran Putrajaya.

Bolehkah kita hanya berdiam-diri sahaja memerhatikan Perasit Penyakit Gejala Songsang PAS ini. patutlah namapun Perasit Islam Semalaysia (PAS).

3 comments:

Anonymous said...

"hang sembang apa...."menegakkan benang yg sudah basah.

Anonymous said...

Aku x leh nk bayang ada lg manusia sokong umporno yg memusnahkan negara dgn korupsi,kbobrokan moral & sgala-gala mcm kejahatan..
Baca tulisan mcm org cerdik tp rupanya...???

CITY said...

Nashrul berjumpa dengan pelajar-pelajar Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka untuk defend jemaah-jemaah haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah-hujah PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith-hadith sahih Rasulullah yang tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith-hadith sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yang membenarkan menjatuhkan pemerintah. Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yang dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic….tetapi inilah yang kami cari. Satu manhaj yang mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith-hadith yang kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut…jawapan-jawapan mereka tidak memuaskan. Mereka tolak puluhan hadith-hadith ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas. Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith-hadith Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki. Sebenarnya, hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dengan Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah. Tetapi para ulamak yang hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yang mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang Gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yang zalim ini. Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma’mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma’mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan umat paling utama.

Isu Terkini

get this widget here