Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 26 September 2012

Kebodohan Pecacai Pergunakan Sumber Marina Serang UMNO

Semalam saya berdebat menggunakan "Facebook" sebenar saya tentang isu "UMNO dan Tun Mahathir Kantoi Lagi daa" Dalam isu yang ditimbulkan pecacai memanglah amat remeh dan mempamerkan kebodohan diri sendiri. Antara petikan keratan dari gambar yang dimuat naikkan di Fb..

Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja membiayai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Marina Mahathir.

Kalaulah kita mengikut dari ayat yang ditulis telah terpampang perbezaan antara dana-dana dari pertubuhan yang berdaftar samada dalam dan luar negara, memanglah amat berbeza dengan dana haram untuk pertubuhan yang tidak berdaftar. Itupun pecacai masih sengaja memperbodohkan diri kerana tidak faham dengan perbezaan yang mereka bawakan. Itulah Kebodohan Pecacai Pergunakan Sumber Marina Serang UMNO

Dari isu yang didebatkan, nampak sangat pecacai sedang bermain ayat menyakinkan rakyat untuk menerima apa yang dilakukan oleh Suaram,  biarpun mengambilkan dana dari kuasa luar adalah tidak salah.

Sebenarnya mereka cuba sembunyikan satu hakikat kebenaran. Padahal Suaram menerima dana dari Soros biarpun ini diakui oleh Pengarah Kua Kia Soong. Menurutnya
Berkenaan Soros, Kua berkata jutawan itu mempunyai hak untuk menyalurkan wang kepada sesiapa yang difikirkannya sesuai.
'Soros menggunakan wang sendiri'
"Apa yang tidak kena dengan George Soros? Apa sahaja Soros buat bukan urusan kami. "Dia tidak menggunakan wang rakyat AS atau Hungary. Dia menggunakan cara tersendiri ... "Tambah Kua . sumber Suara Sarawak (rujuk sini)
Jika rakyat yang matang akal fikirannya, dia akan mampu menilai apa aktiviti-aktiviti yang sedang dilakukan oleh Suaram. Jangan turut serta dengan Kebodohan Pecacai Pergunakan Sumber Marina Serang UMNO...... 

Fahamilah.. Suaram sebagai perkakas kempen Anwar Ibrahim untuk calon Perdana Menteri sambil meneruskan gerakan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan berselindung disebalik isu hak bersuara dan kebebasan berhimpun iaitu siri Bersih, yang juga mendapat sumbangan dana asing.

Termasuk gerakan mengcipta satu persepsi diminda rakyat, dengan mitos Datuk Seri Najib ada skandal dalam pembelian Scorpene dan pembunuhan Antaltuya. Walaupun isu ini masih tergantung tampa bukti tetapi mereka tidak putus asa bangkitkan terutama di alam maya. Termasuk sepina entah berapa tahun lagi boleh sampai ke Malaysia. Macamlah Perancis itu di planet lain sampai susah sangat hendak pos kertas sepina Najib.

Dari matalamat Suaram sebagai ejen pelaksana agenda Anwar Ibrahim dan kaitan sumbangan dana dari kuasa asing (rujuk sini). Tidakkah rakyat dapat membuat gambaran atau penilaian yang waras untuk menimbulkan satu pertanyaan apa tujuan Soros beria-ia menyumbangkan dana. Sebelum itu mari kita fahami fakta dibawah dahulu.
National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.
Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain. 
Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan. 
NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini. (sambung seterusnya)
Ini bukan sekadar andaian persepsi yang suka-suka dibuat, tetapi berdasarkan fakta dan akuan membabitkan Ambiga dan Pengarah Suaram Kua Kia Soong

Oleh kerana ada akuan maka para jentera pecacai Pakatan Haram cuba putar cerita dengan memberi gambaran kepada rakyat yang dana itu adalah halal dan sah. Kerana ia sama dengan mana-mana dana pertubuhan berdaftar yang masuk negara ini seperti dana kempen AIDS. 

Bukankah AIDS merupakan kempen dijalankan sedunia dibawah pemantauan bangsa-bangsa bersatu. Ini Agenda Bangsa-bangsa Bersatu berbeza sangat dengan Agenda Suaram menjadi Agenda Anwar dari Agenda Soros yang terselindung.

Bolehkah rakyat beranggapan dana bermatalamat pertukaran rejim wajar dihalalkan! dan adakah rakyat berfikir yang dana seperti ini tidak akan memberi apa-apa kesan negatif kepada negara

Mari kita fikirkan adakah pertubuhan ini berhasrat memberi dana sekadar suka-suka menderma untuk kempen pertukaran rejim menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak adakah sebarang harapan imbal balas? jika kempen ini berjaya menjadikan Anwar sebagai PM? 

Mustahil sedangkan apa yang kita nampak dan sedang berlaku di negara Arab, hasil dana seperti ini telah memberi kekayaan kepada penyumbang dana, setelah berjaya dengan kempen pertukaran rejim. Malah sehingga sekarang pergolakkan perperangan saudara di negara Arab belum reda. 

Pada  masa yang sama apa yang terjadi dengan emas hitam di negara itu? Siapa yang memiliki semua hasil emas hitam dalam ketika peperangan saudara sedang rancak bergegar dibasahi darah anak jati bumi arab.

Di Malaysia ada sumber dua sumber minyak yang bernilai dan menguasai pasaran dunia. Adakah itu tarikan utama? Atau mungkin kita boleh memandang semula bagaimana sumber utiliti asas di Indonisia boleh bertukar syer kepada kuasa asing dalam krisis 1997.

Jika semua ini difikirkan. Wajarkah kita telan bulat-bulat demi manusia yang pandai berpidato tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam pentabiran. Adakah anda kenal siapa Anwar Ibrahim? Ikuti hujah A Kadir Jasin
Di kalangan pemuka kanan PR, Anwar adalah yang paling berpengalaman dalam pemerintahan hasil 16 tahun menjadi putera mahkota Umno dan anak didik (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi Anwar bukanlah seorang yang “detail” atau menyeluruh kepakarannya. Kepandaian beliau adalah berpidato dan menggunakan orang lain bagi membuat kerja atau menjadi “fall guys” kalau berlaku kepincangan.

Walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengetahuannya dalam bidang ekonomi tidaklah mengagumkan.

Sekalipun beliau kini menguar-uarkan dasar popular seperti pengurangan cukai, kereta murah dan pendidikan percuma, dasar beliau ketika krisis kewangan 1997/98 berlainan sekali.

Beliau mirip melaksanakan penyelesaian ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), yang antara lain menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan awam dan mengimbangi belanjawan. Beliau sangat akrab dengan Pengarah Urusan IMF ketika itu, Michel Camdessus, dan meyakini penyelesaian ikat perut IMF.

Adalah sukar memahami bagaimana Anwar boleh mencapai belanjawan seimbang yang dijanjikan jikalau pada masa yang sama beliau berikrar mengurangkan cukai pemotoran dan memberikan kemudahan asas seperti air dan elektrik secara percuma kepada pengguna?

Sebagai ahli politik arus perdana, acuan Anwar adalah acuan Umno. Sampai hari ini pun beliau masih mempamerkan perwatakan Umno. Yang berbeza hanyalah lambang, cogan kata dan mantera. (baca lanjut untuk mengetahui lebih mendalam)
Persoalannya adakah berbaloi untuk kita mengorbankan kepentingan Agama Bangsa dan Negara semata-mata untuk manusia seperti Anwar Ibrahim? 

Jangan sampai kita Pecah Palak Mikir setelah semuanya tergadai dan merempat dibumi sendiri seperti yang berlaku di negara Arab ketika ini. Nampak tak!! Kebodohan Pecacai Pergunakan Sumber Marina Serang UMNO oleh itu. pesanan buat pecacai pakatan haram hentikanlah kempen memperbodohkan diri anda............ Jemput ke PecahPalakMikir FanPages
  

No comments:

Isu Terkini

get this widget here